“Kenali alam semula jadi, sayangi alam semula jadi, rapatlah dengan alam semula jadi. Ia tidak akan pernah menghampakan anda”
-Frank Lloyd Wright
Benarkan MicrobeBio membantu menjelaskan bagaimana tumbuh-tumbuhan, mineral dan tanah hidup bekerjasama untuk membolehkan anda menanam makanan paling bernutrien, dan bagaimana berbilion mikrob kami membantu proses ini menjadi lebih mudah dan efisien. Semuanya mengenai biologi tanah dan ini sebabnya mengapa ia begitu penting. Tumbuh-tumbuhan mendapatkan nutrien daripada tanah melalui air, tetapi nutrien tersebut mestilah boleh larut di dalam air agar ia boleh diserap oleh akar tumbuhan. Terdapat sejumlah besar nutrien tumbuhan yang terkandung dalam bahan organik dan mineral batu. Ia tidak larut maka tumbuh-tumbuhan tidak dapat menggunakannya. Apabila masa berlalu, nutrien terlarut di dalam tanah akan habis dan tumbuhan perlu mendapatkan nutrien daripada bahan organik di dalam mineral.
Di MicrobeBio® kami menawarkan penyelesaian terbaru untuk pertanian moden. Kami telah mengumpulkan mikrob berguna dari seluruh planet dan memadatkan 35+ daripadanya ke dalam formula kami. Disebabkan pendekatan holistik kami, produk kami berada dalam pertanian sinergi yang termaju, di mana produk bukan semula jadi yang kurang input memberi hasil lebih banyak dari segi pertumbuhan dan pengeluaran.
Fungsi pinda tanah mikrob MicrobeBio® adalah:
- Pengikatan Nitrogen Biologi – iaitu proses pengikatan nitrogen daripada udara dan menukarnya kepada sebatian organik yang boleh digunakan oleh tumbuhan melalui penggunaan mikroorganisma.
- Pelarutan Fosfat – iaitu proses melarutkan fosfat terikat di dalam tanah dan membolehkan ia diserap oleh tumbuhan.
- Mobilisasi dan Pemineralan Nutrien Tumbuhan Yang Sedia Ada – Iaitu proses mobilisasi dan pemineralan nutrien tanah seperti garam, fosfat, magnesium dan kalsium kepada bentuk yang lebih mudah digunakan oleh tumbuhan.
- Penghasilan fitohormon– Iaitu proses menggunakan pensekuesteran karbon untuk meningkatkan hormon tumbuhan yang sihat.
- Kemampuan Saprofit – Saprofit hidup pada benda mati atau yang reput. Ia membantu mikrob di dalam produk MicrobeBio bersaing dengan mikrob asal tanah, membenarkan ia menjalankan fungsinya dengan lebih baik.
- pH Tanah – Produk MicrobeBio menggalakkn pH tanah yang optimum di dalam persekitaran yang melampau.
- Mengurangkan Kemasinan Tanah – MicrobeBio adalah perapi biologi tanah yang digunakan untuk mengurangkan kesan masin tanah, iaitu setinggi mana kandungan garam di dalam tanah. Ini boleh diperoleh melalui penggunaan bakteria.
Jadi, bagaimana anda mendapat nutrien-nutrien ini? Tanah berasid kadang-kadang dapat menguraikan nutrien-nutrien tersebut secara semula jadi, tetapi kebanyakan masa bakteria dan kulat di dalam tanah perlu menguraikan nutrien untuk digunakan oleh tumbuhan. Dengan MicrobeBio kami memperkenalkan berbilion mikrob berguna yang membantu dalam penguraian nutrien-nutrien ini. Satu cara ia dilakukan adalah melalui pengurangan kemasinan tanah. Mikrob akan menguraikan bahan organik di dalam tanah kepada asid organik yang mana bergabung dengan bahan lain di dalam tanah seperti garam, yang membolehkan tumbuhan menyerap lebih banyak nutrien sambil menyerap garam dalam kuantiti yang sedikit. Apabila anda menggunakan baja sintetik atau kimia dan racun perosak, ia membunuh semua organisma berguna di dalam tanah termasuk organisma yang boleh mengeluarkan nutrien yang tidak larut. Inilah sebabnya mengapa anda perlu membekalkan baja kimia kepada tumbuhan anda. Tujuan MicrobeBio adalah untuk membantu merangsang organisma hidup di dalam tanah menggunakan mikrob kami, supaya ia boleh menghasilkan nutrien tersebut dan menjadikan tanah itu sebagai satu baja. Satu masalah dengan perkara ini adalah satu jenis bakteria tidak semestinya menghasilkan satu jenis nutrien daripada satu sumber tertentu. Terdapat berjuta-juta bakteria dan protozoa berbeza dan semuanya mempunyai peranan berbeza dalam menghasilkan nutrien berbeza untuk tumbuh-tumbuhan. Contohnya, anda perlukan tukang paip untuk membaiki paip atau tukang kayu untuk membaiki masalah atap dan ia sama dengan biologi. Mujurlah sistem ini direka untuk melakukan perkara ini agar tumbuh-tumbuhan boleh menyerap air dan nutrien daripada akar dan juga menghantar gula yang dipanggil eksudat akar ke dalam tanah, untuk dibekalkan kepada bakteria dan kulat. Sebagai contoh, katakan satu tumbuhan memerlukan sedikit zink atau karbon, tumbuhan tersebut akan menghantar gula tertentu melalui akarnya untuk dibekalkan kepada bakteria tertentu yang boleh menghasilkan zink atau karbon agar tumbuhan tersebut dapat menyerap zink atau karbon dan terus membesar tanpa tegasan. Tumbuh-tumbuhan memberi bekalan kepada bakteria penghasil bahan tertentu, bakteria akan memineralkan bahan itu dan tumbuhan akan menyerapnya. MicrobeBio membantu mempercepatkan proses ini kerana berbilion mikrob berguna menguraikan nutrisi yang mana menjadikan sistem lebih efisien.
Mengapa perkara ini menjadikan makanan lebih baik? Tumbuhan menerima nutrien daripada akarnya dan berfotosintesis untuk menghasilkan sebatian baru agar ia boleh kekal membesar dan subur. Tumbuhan menghasilkan karbohidrat, lemak, protein dan banyak lagi sebatian berguna lain seperti juga manusia. Kebanyakan baja biasa memudahkan tumbuhan menghasilkan karbohidrat, tetapi lemak dan protein adalah sebatian yang lebih panjang dan kompleks. Ini menjadikan ia lebih sukar untuk disintesis kerana ia memerlukan satu set lengkap 30 hingga 60 mineral berbeza di dalam tanah, dalam kuantiti yang betul untuk menghasilkannya. Mikrob di dalam MicrobeBio membantu merangsang tanah, membolehkan tanah menghasilkan sebatian yang lebih kompleks secara semula jadi dengan lebih pantas dan lebih efisien.
Mengapa perkara ini menjadikan anda lebih sihat? Mikrob MicrobeBio membantu membekalkan semua jenis nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tumbuhan anda agar ia boleh menghasilkan lebih banyak protein dan lemak. Mikrob juga akan membantu tumbuhan anda menghasilkan lebih banyak mineral, vitamin, fitokimia dan sebarang minyak pati yang ia perlukan. Ini bermakna sistem tumbuhan anda akan berfungsi sepenuhnya dan menghasilkan rantai sebatian yang lebih panjang secara semula jadi. Bukan itu sahaja, MicrobeBio juga akan meningkatkan rintangan tumbuhan dengan perkara seperti serangga perosak dan penyakit. Ramai petani biologi organik tidak melihat serangga perosak di ladang mereka apabila semuanya berjalan lancar, dan mikrob MicrobeBio membantu menjadikan proses ini mudah dan boleh dicapai oleh semua orang.
Di samping itu, MicrobeBio meningkatkan kandungan karbon organik dalam tanah dengan ketara untuk hasil yang optimum. Malah, produk kami boleh meningkatkan karbon dengan ketara.
Mikrob menjalankan pelbagai tugas di dalam tanah, yang mana semuanya membantu tumbuhan dalam satu cara atau yang lain. Sebagai contoh, sesetengahnya membolehkan tumbuhan bertahan dengan turun naik suhu yang melampau, manakala yang lain membantu mengawal penyebaran bakteria dan virus. Sesetengah mikrob membantu meningkatkan rintangan kepada musim kemarau dan serangga perosak, manakala yang lain meningkatkan kebolehan tumbuhan untuk menyerap nutrien yang diperlukan. Bahkan sesetengah mikrob menguraikan unsur-unsur lain di dalam tanah, membolehkan vitamin dan mineralnya diserap oleh tanaman dengan mudah.
Kelebihan Produk MicrobeBio®
- Meningkatkan hasil tanaman dengan ketara
- Mengurangkan penggunaan baja kimia
- Mengurangkan penggunaan racun serangga, racun rumpai dan racun kulat.
- Meningkatkan penahanan air
- Meningkatkan keupayaan pertukaran kation
- Merawat semula tanah, memulihkan kerosakan sebelumnya
- Meningkatkan kesuburan tanaman
- Mempercepatkan penguraian sihat bahan organik
- Mewujudkan sistem akar yang lebih besar, dalam dan lebih baik
- Rasa buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih enak
- Organik, tanpa toksin, bukan GMO
- Ladang dan ternakan yang sihat
- Meningkatkan karbon organik dalam tanah dengan ketara
- Mengurangkan natrium dan logam berat dalam tanah
Apabila anda menggunakan MicrobeBio, anda memperkenalkan berbilion mikrob berguna kepada tanah yang membantu dalam menghasilkan tanah yang lebih subur dengan menguraikan nutrien dan memperkemas segala-galanya di dalam sistem tumbuhan. Ini menghasilkan tanah, tumbuhan yang subur, alam sekitar dan orang yang lebih sihat kerana kurangnya bahan kimia berbahaya di dalam tanah dan alam sekitar. Jadi, keluarlah dan tanamlah nutrisi anda sendiri dengan menggunakan MicrobeBio dan ingat tentang kerumitan yang berlaku di sebalik penghasilan tanah dan tumbuhan yang subur.
Di MicrobeBio®, kami percaya di dalam membantu para petani menanam dengan memanfaatkan kuasa alam semula jadi dalam meningkatkan hasil tanaman secara drastik dan menghasilkan sumber makanan yang berterusan. MicrobeBio berdedikasi dalam menyediakan produk mesra alam sekitar yang mencipta dan mengekalkan ekosistem sihat yang membantu menggalakkan tumbesaran tumbuhan yang sihat dan mampan. Produk kami adalah organik, bukan GMO, dan tanpa toksik yang membuatkan ia selamat digunakan di sekeliling manusia, haiwan peliharaan dan ternakan.
Sertai kami dalam mewujudkan gaya hidup sihat dan lestari, berbilion mikrob pada satu masa.
“Lihatlah alam semula jadi dengan lebih mendalam, dan anda akan memahami segala-galanya dengan lebih baik.”
-Albert Einstein
“Study nature, love nature, stay close to nature. It will never fail you”
-Frank Lloyd Wright
Let MicrobeBio help explain how plants, minerals and soil life work together to allow you to grow the most nutrient filled food possible and how our billions of microbes help make this process easier and more efficient. It’s all about the biology of the soil and here is why it is so important. Plants take in nutrients from the soil through water, but the nutrients have to be able to be dissolved in the water so that they can be pulled up by the plant roots. There is a considerable amount of plant nutrients that is wrapped up in organic matter and rock minerals. These aren’t soluble so plants cannot use them. Over time the soluble nutrients in the soil are used up and plants have to figure out how to retrieve the nutrients from the organic matter in the minerals.
At MicrobeBio®, we offer new solutions to modern agriculture. We’ve collected beneficial microbes from all over the planet and packed 35+ of them into our formulas. Because of our holistic approach, our products are on the cutting-edge of synergistic farming, where less input of non-natural products produces more in terms of growth and yield.
The functions of MicrobeBio® microbial soil amendments are:
- Biological Nitrogen Fixation – Which is the process of taking nitrogen from the air and converting it into organic compounds that plants can use through the use of microorganisms.
- Phosphate Solubilization – Which is the process of solubilizing bound phosphate in the soil and making it available for uptake by plants.
- Mobilization and Mineralization of Available Plant Nutrients – Which is the process of mobilizing and mineralization of soil nutrients such as salt, phosphate, magnesium, and calcium into a form that is easily used by the plant.
- Phytohormone Production – Which is the process of using carbon sequestration to increase healthy plant hormones.
- Saprophytic Competence – Saprophytes live on dead or decomposing matter. They help the microbes in MicrobeBio products to compete with native soil microbes, allowing them to better perform their intended functions.
- Soil pH – MicrobeBio products promote optimal soil pH under extreme environmental condition.
- Reducing The Salinity in Soil – MicrobeBio is a biological soil conditioner that is used to reduce the effects of soil salinity, which is how much salt content is in the soil. It achieves this through the use of bacteria.
So how do you get these nutrients? Acidic soil can sometimes break these nutrients down naturally, but most of the time the bacteria and fungus in the soil have to break the nutrients free for the plant to use. With MicrobeBio we introduce billions of beneficial microbes that help break down these nutrients. One way they do this is through reducing the salinity of soil. The microbes break down the organic matter in soil into organic acids which combines with other matter in the soil such as salt which allows plants to take in more nutrients while also taking in less salt. When you use synthetic or chemical fertilizers and pesticides it kills off all the beneficial organisms in the soil including the ones that can release the nutrients that aren’t soluble. This is why you have to continually apply chemical fertilizer to feed your plants. The goal of MicrobeBio is to help stimulate the living organisms in the soil with our microbes so that they release those nutrients and make the soil its own fertilizer. One problem with this is that one kind of bacteria doesn’t necessarily release one kind of nutrient from one specific source. There are millions of different bacteria and protozoa and they all have different jobs in releasing nutrients for plants. For example you need a plumber to fix pipes or a carpenter to fix any roofing problems and it’s the same thing with biology. Luckily the system is designed to do this so that plants take up water and nutrients in the roots and also send sugars called root exudates down into the soil to feed the bacteria and fungus. An example of this could be let’s say a plant needs some zinc or carbon, the plant will send certain sugars though its roots to feed a certain type of bacteria that’s able to release zinc or carbon so the plant takes up the zinc or carbon and can continue to grow without being stressed. The plant feeds the specific material releasing bacteria, the bacteria mineralizes the material and the plant takes it up. MicrobeBio helps speed this process up as the billions of beneficial microbes break down nutrition which makes the system more efficient.
Why does this make food better? Plants receive nutrients through their roots and are photosynthesizing to create new compounds to keep themselves growing and healthy. Plants create carbohydrates, fats, proteins and many other useful compounds just like humans. Most common fertilizers make it easy for plants to create carbohydrates, but fats and proteins are longer and more complex compounds. This makes them more difficult to synthesize because they require a complete set of 30 to 60 different minerals in the soil, in the right quantity, in order to be created. The microbes in MicrobeBio help stimulate the soil, allowing the soil to naturally create more complex compounds quicker and more efficiently.
Why does this make you healthier? MicrobeBio microbes help provide the full range of nutrients and minerals your plants need so that they can build more protein and fat. Microbe will also help your plants build more minerals, vitamins, phytochemicals and any essential oils they need. This means your plant system will be fully functioning and create longer chained compounds naturally. Not only that, but MicrobeBio will also boost your plants resistance to things like pest and disease. Many organic biological growers see no pest in their fields when things are going well and MicrobeBio’s microbes help to make this process easy and achievable for everyone.
In addition, MicrobeBio significantly increases the organic carbon in the soil for optimal results. In fact, our products can significantly increase carbon.
Microbes perform a wide variety of tasks in the soil, all of which help plants in one way or another. For example, some enable plants to better tolerate extreme fluctuations in temperature, while others help to control the spread of bacteria and viruses. Some microbes help improve resistance to drought and pests, while others increase a plant’s ability to absorb necessary nutrients. Some microbes even break-down other elements in the soil, allowing their vitamins and minerals to be more easily absorbed by crops.
MicrobeBio® Product Benefits
- Significantly increases crop yields
- Reduces chemical fertilizer use
- Reduces pesticide, herbicide, and fungicide use
- Improves water-retention
- Increases Cat-ion exchange capacity
- Remediates the soil, reversing previous damage
- Improves crop health
- Accelerates healthy decomposition of organic matter
- Creates larger, deeper, and better developed root systems
- Better tasting fruits and vegetables
- Organic, nontoxic, non-GMO
- Healthy fields, healthy livestock
- Significantly increases in-soil organic carbon
- Decreases sodium and heavy metals in soil
When you use MicrobeBio you are introducing billions of beneficial microbes into the soil that help create healthier soil by breaking down nutrients and streamlining everything in the plant system. This leads to healthier soil, plants, environment and people because there are less harmful chemicals in the soil and environment. So go out and grow your own nutrition with MicrobeBio and keep in mind the complexity that goes behind creating healthy soil and plants.
At MicrobeBio®, we believe in helping farmers grow soil by harnessing the power of nature to drastically increase crop yields and produce sustainable food sources. MicrobeBio is dedicated in providing environmentally friendly products that create and maintain thriving eco-systems that promote healthy and sustained plant growth. Our products are organic, non-GMO, and non-toxic which makes them safe for use around humans, pets, and livestock.
Join us in creating a lifestyle of health and sustainability, a billion microbes at a time.
“Look deep into nature, and then you will understand everything better.”
-Albert Einstein
MICROBEBIO®
Di MicrobeBio® ini, pengilang kami mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam penyelidikan & pembangunan racun serangga biologi. MicrobeBio® telah membangunkan satu barisan penuh racun serangga biorasional yang unik dan tersendiri, yang mengawal serangga perosak dan penyakit utama. Racun serangga, racun kulat, nematisid, dan racun rumpai biorasional kami adalah pengganti sempurna untuk alternatif bahan kimia yang berbahaya.
Racun perosak MicrobeBio® dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti bakteria, tumbuh-tumbuhan dan mineral, dan tidak toksik kepada orang ramai dan hanya memberi kesan sampingan yang sedikit kepada alam sekitar. Racun perosak sintetik atau kimia menyebabkan kerosakan alam sekitar dan boleh kekal lama di alam sekitar selepas ia digunakan. Racun serangga MicrobeBio® diuraikan dengan sangat mudah dan tidak kekal lama dalam alam sekitar, bermaksud ia hanya mengakibatkan kerosakan yang sedikit.
Penggunaan racun serangga kimia mengurangkan jumlah nutrien di dalam tanah dan memberi kesan negatif kepada mikroorganisma semula jadi yang mengikat nutrien. Baja kimia juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti: kanser, penyakit sistem saraf, gangguan saraf, limfoma, asma dan banyak lagi. Racun perosak MicrobeBio® adalah tanpa toksik dan diperbuat daripada sumber semula jadi, dan memberi kawalan yang sama atau lebih hebat daripada racun perosak kimia tanpa sebarang kesan sampingan yang negatif. Ini bermaksud ia menyebabkan sedikit atau tiada kerosakan kepada alam sekitar dan membantu tanah dan tumbuh-tumbuhan kekal subur dan bukan merosakkannya. Tanah yang subur meningkatkan sistem imun semula jadi tumbuhan, mengehadkan populasi organisma penyakit tumbuhan, melawan serangga parasit dan mewujudkan keadaan yang ideal untuk tumbesaran.
MicrobeBio® tidak memerlukan suhu dan kelembapan alam sekitar yang khusus untuk bertindak. Ia mempunyai spektrum kawalan yang luas, tidak memerlukan penyimpanan di tempat yang sejuk dan mempunyai kestabilan jangka hayat yang lama. Tambahan lagi, produk ini diformulasikan untuk beradaptasi dengan amalan penggunaan ladang terkini dan sesuai dengan banyak sintetik termasuk racun kulat.
Di MicrobeBio® ini kami menyediakan pelbagai racun serangga biorasional yang terbaik di pasaran. Ia mesra alam sekitar, satu alternatif tanpa toksik kepada racun perosak kimia lama yang membunuh tanah dan membinasakan kesihatan anda. Kekalkan kesuburan tanah dan tumbuhan anda, sambil melindungi alam sekitar dengan pilihan hebat racun perosak biorasional kami yang akan menepati setiap keperluan anda.
MicrobeBio® menyediakan penyelesaian tanpa toksik yang diperoleh daripada alam semula jadi untuk tanah, tumbuhan, alam sekitar dan diri anda sendiri. Usahlah berterusan merosakkan alam sekitar menggunakan bahan kimia lama. Kita bersama-sama boleh membuat komitmen untuk membantu melindungi kesihatan diri dan memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.
MICROBEBIO®
Here at MicrobeBio® our manufacturer has over 25 years of experience in the research & development of biological insecticides. MicrobeBio® has developed a full line of unique and stand-alone biorational pesticides that control important pests and diseases. Our MicrobeBio®, fungicides, nematicides and herbicides are the perfect replacement to harmful chemical alternatives.
MicrobeBio® pesticides are derived from natural materials such as bacteria, plants and minerals and are relatively non-toxic to people and have few environmental side-effects. Synthetic or chemical pesticides cause damage to the environment and can persist in the environment long after they are applied. MicrobeBio® pesticides are broken down easily so they don’t stay in the environment for long which means they will cause less damage.
The use of chemical pesticides lower the amount of nutrients in the soil and has a negative effect on the natural microorganisms that fix nutrients. Chemical fertilizers can also lead to serious health problems such as: cancer, nervous system diseases, neurological disorders, lymphoma, asthma and more. MicrobeBio® pesticides are non-toxic and made from natural sources and provide equal or greater control then chemical pesticides without any of the negative side effects. This means they cause little to no harm to the environment and help keep soil and plants healthy instead of harming them. Healthy soil improves the natural immune systems of plants, limits the population of plant disease organisms, resists parasitic insects, and creates the ideal conditions for growth.
MicrobeBio® do not require special environmental conditions of temperature and humidity to perform. They have a wide spectrum of control, do not require refrigerated storage, and have a prolonged shelf life stability. Additionally, products are formulated to adapt to current field application practices and are compatible with many synthetics including fungicides.
Here at MicrobeBio® we provide a variety of biorational pesticides that are the best in the market. They provide environmentally friendly, non-toxic alternatives to out dated chemical pesticides that kill your soil and destroy your health. Keep your soil and plants healthy while protecting the environment with our great selection of biorational pesticides that will suit your every need.
Bionematicides X1: adalah bionematisid semula jadi yang mengandungi biotipus Purpureocillium lilacinum, dipilih kerana keupayaannya untuk mengawal patogen nematod tumbuhan seperti: Meloidogyne, Radopholus, Pratylenchus, Tylenchus, Ditylenchus, Helicotylenchus dan Rotylenchus. Biotipus ini menyerang semua peringkat pembiakan nematod, terutamanya telur dan betina, menyebabkan kecacatan, pemusnahan ovari dan mengurangkan kesuburan telur. Bionematicides X1 mengurangkan populasi nematod dengan ketara, melindungi sistem akar. Perlindungan ini membolehkan akar tumbuh dengan bebas dan menggalakkan perkembangan sistem akar yang sihat. Bionematicides X1 juga menggalakkan pembiakan mikroorganisma berguna yang membantu menyimpan fosforus dan nitrogen yang membolehkan akar menyerap lebih banyak nutrien dan menghasilkan tumbuhan yang lebih subur. Bionematicides X1 mengandungi kepekatan spora per paun produk yang tiada bandingannya (4 x 10^9 spora per gram) dengan kebolehhidupan lebih tinggi daripada 90%. Bionematicides X1 tidak memerlukan ajuvan tambahan dan formulasinya melindungi bahan aktif daripada keadaan yang buruk seperti pH 2-13 dan air liat <150ppm, dan boleh disimpan sehingga suhu 68°F (20°C) dengan kestabilan jangka hayat selama setahun.
Bionematicides X1: is an all-natural bionematicide that contains a biotype of Purpureocillium lilacinum, selected for its capacity to control plant pathogenic nematodes, such as: Meloidogyne, Radopholus, Pratylenchus, Tylenchus, Ditylenchus, Helicotylenchus and Rotylenchus. This biotype parasitizes all reproductive stages of nematodes, especially eggs and females, causing deformations, destruction of ovaries and reducing egg fertility. Bionematicides X1 reduces nematode populations significantly protecting the root system. This protection allows the roots to grow freely and promotes the development of a healthy root system. Bionematicides X1 also encourages the reproduction of beneficial microorganisms that help restore phosphorous and nitrogen which allows roots to absorb more nutrients and create healthier plants. Bionematicides X1 contains an unequaled concentration of spores per pound of product (4 x 10^9 spores per gram) with greater than 90% viability. Bionematicides X1 does not require additional coadjuvants and its formulation protects the active ingredient from adverse conditions such as pH 2-13 and hard waters of <150 ppm, and can be stored up to a temperature of 68°F (20°C) with a one year shelf life stability.
BioRational X2: adalah racun serangga dengan mod tindakan yang unik di mana spora terus menjangkiti kutikel serangga. Spora melekat pada perumah yang bercambah dan menghasilkan enzim yang menyerang dan melarutkan kutikel, membenarkan spora untuk menembusi kulit dan tumbuh di dalam badan serangga. BioRational X2 adalah kos berkesan kerana ia mengawal peringkat awal serangga, menghalang pertambahan populasi dan mengurangkan kos rawatan untuk menyelamatkan. Ini menghalang rawatan tambahan dan memastikan serangan itu mati. Faktor-faktor ini menjadikan kesan BioRational X2 adalah sama atau lebih berkesan daripada racun serangga kimia tanpa semua kesan sampingan negatif. BioRational X2 mengawal pelbagai jenis serangga berbadan lembut di dalam rumah hijau, di ladang dan tanaman tapak semaian seperti kepinding putih (whiteflies), trips, afid, psyllid, koya-koya (mealybugs), kumbang scarab, pepijat tumbuhan and kumbang.
BioRational X2: is an insecticide with a unique mode of action where spores infect directly through the insect’s cuticle. Spores adhere to the host which germinate and produce enzymes that attack and dissolve the cuticle, allowing the spores to penetrate the skin and grow into the insect’s body. BioRational X2 is cost effective as it controls the early stages of insects, preventing population flare-ups and the cost of rescue treatment. This prevents additional treatments and ensures the infestation dies out. These factors make BioRational X2 just as efficient if not more efficient then chemical insecticides without all the negative side effects. BioRational X2 controls a wide variety of soft-bodied insects in greenhouse, field and nursery crops such as whiteflies, thrips, aphids, psyllids, mealybugs, scarab beetles, plant bugs and weevils.
Biobontani X3: adalah racun serangga dengan formulasi unik yang melekat pada serangga dan tidak akan hilang. Ini akan memastikan serangga itu mati setelah bersentuhan dengan formula ini. Biobontani X3 boleh digunakan untuk merawat sengkenit, hama dan pinjal pada lembu, ayam, babi. Biobontani X3 mempunyai poten Pyrethrum yang tinggi berbanding jenama saingan yang lain, seperti yang disahkan oleh ujian Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi. Biobontani X3 juga tidak kekal lama dalam alam sekitar dan boleh digunakan pada hari penuaian tanpa jarak waktu sebelum penuaian (“0” PHI) atau sekatan penggunaan tahunan. Biobontani X3 diperakui secara global: mematuhi peraturan USDA NOP, EU dan JAS. Tiada masa henti dengan waktu selang masuk ladang semula (REI) selama 12 jam selepas menggunakan untuk tanaman anda.
Biobontani X3: is an insecticide with a unique formulation that sticks to insects and doesn’t wash off. This ensures the insect will die once it has come into contact with the formula. Biobontani X3 can be used to treat ticks, mites and fleas on cattle, chickens, pigs. Biobontani X3 has a higher potency Pyrethrum than other competitive brands, as validated by High-Performance Liquid Chromatography testing. Biobontani X3 is also non-persistent in the environment and may be applied on day of harvest with no pre-harvest interval (“0” PHI) or annual application restrictions. Biobontani X3 is globally certified organic: compliant with USDA NOP, EU and JAS requirements. No downtime with a short 12 hour field re-entry interval (REI) after you have applied to your crops.
Biofungicides X4: mencegah dan mengawal pengkolonian patogen berbahaya tumbuhan dan menggunakan kelebihannya dalam beberapa cara: Membuang tapak ikatan patogen dengan meliputi permukaan akar; Penggalak Pertumbuhan dengan membenarkan bakteria berguna pengikat fosforus dan nitrogen membiak dengan bebas, dan dengan menguraikan bahan organik, lebih banyak nutrien diserap oleh sistem akar tumbuhan; Penghasilan asid organik rencatan, enzim dan sebatian lain yang merencat pertumbuhan kulat yang berbahaya; dan dengan menjangkiti dan membunuh patogen kulat. Biofungicides X4 mengandungi biotipus Trichoderma viride yang menjangkiti dan memusnahkan patogen kulat tumbuhan yang utama seperti Fusarium oxysporum, Rhizoctonia solani, Sclerotium cepivorum, Pythium ultimum dan Phytophthora infestans. Biofungicides X4 adalah mesra alam sekitar dan selamat digunakan pada serangga, ikan dan mamalia berguna. Ia terbiodegradasikan, mengakibatkan pendedahan yang lebih rendah dan mengelakkan masalah pencemaran.
Biofungicides X4: prevents and controls the colonization of harmful plant pathogens and produces its beneficial effects in several ways: Removal of pathogen binding sites by covering root surfaces; Growth Promoter/Enhancer by allowing beneficial nitrogen and phosphorous fixing bacteria to reproduce freely and by decomposing organic matter, more nutrients are absorbed by the increased plant’s root system; Production of inhibitory organic acids, enzymes and other compounds that inhibit growth of harmful fungi; and by infecting and killing the pathogenic fungi. Biofungicides X4 contains a Trichoderma viride biotype that infects and destroys important plant pathogenic fungi, such as Fusarium oxysporum, Rhizoctonia solani, Sclerotium cepivorum, Pythium ultimum and Phytophthora infestans. Biofungicides X4 is environmentally friendly and is safe on beneficial insects, birds, fish and mammals. It is biodegradable, resulting in lower exposures and avoiding potential pollution problems.
Biofungicides X5: adalah generasi terbaru produk biofungisid yang dicipta oleh MicrobeBio® dan tidak boleh dibandingkan dengan biofungisid berasaskan Bacillus subtilis di pasaran. Hidrofil Lipofil Terimbang (HLB) dan caj ion rumusan EC membolehkan bahan aktif sampai ke tapak tindakannya, melekat pada permukaan daun dan struktur tumbuhan, yang mana kemudiannya dapat menembusi mesofil daun dan hasilnya tindakan sistemik setempat berlaku. Atas sebab ini, Biofungicides X5 mempunyai keberkesanan yang lebih tinggi berbanding produk sama yang lain. Rumusannya membolehkan produk ini disimpan pada suhu sehingga 30ºC (86ºF) dan tiada syarat khas yang diperlukan. Biofungicides X5 mempunyai spektrum luas patogen tumbuhan yang berkesan melawan patogen seperti: Sigatoka Hitam (Mycosphaerella figiensis), Hawar Upih Padi (Rhizoctonia solani), Hawar Lewat (Phytopthora infestans), Anthracnosis (Colletotrichum gloesporioides), Penyakit Kulapuk Kelabu (Ramularia areola), Kulapuk Berserbuk (Oidium spp.), Kulapuk Kekapas (Pernospora sparsa) dan Karat Kopi (Hemileia vastatrix). Biofungicides X5 juga mengawal bakteria seperti Ralstonia solanacearum yang menyebabkan Layuan Bakteria, Burkholderia glumae penyebab Hawar Panikel Padi dan Penyakit Perdu Hitam yang disebabkan oleh Erwinia carotovora.
Biofungicides X5: is the latest generation of biofungicidal products developed by MicrobeBio® and cannot be compared with other Bacillus subtilis based biofungicides in the market. The hydrophilic-lipophilic balance (HLB) and the ionic charges of the EC formulation, allows the active ingredient to reach its site of action, adhering to the leaf surface and plant structures which is then able to penetrate the foliar mesophyll and as a result a localized systemic action takes place. For this reason, Biofungicides X5 has greater efficacy than other similar products. Formulation allows the product to be stored at temperatures up to 30ºC (86ºF) and no special conditions for application are required. Biofungicides X5 has a wide spectrum of plant pathogens that is works against such as: Black Sigatoka (Mycosphaerella figiensis), Sheath blight of Rice (Rhizoctonia solani), Late Blight (Phytopthora infestans), Anthracnosis (Colletotrichum gloesporioides), Grey Mildew Disease (Ramularia areola), Powdery Mildew (Oidium spp.), Downy Mildew (Pernospora sparsa) and Coffee Rust (Hemileia vastatrix). Biofungicides X5 also controls bacteria, such as Ralstonia solanacearum that causes Bacterial Wilt, Burkholderia glumae causing Panicle Blight of Rice, and Black Leg produced by Erwinia carotovora.
BioRational X6: adalah formulasi yang dicipta oleh MicrobeBio®. Produk ini berasaskan strain Beauveria bassiana GHA dan Ekstrak Halus Pyrethrum yang dirumus bersama di dalam minyak terserak teremulsikan (OD) untuk generasi terkini kawalan serangga perosak biorasional. Kajian makmal dan lapangan telah menunjukkan bahawa interaksi antara strain GHA dan pyrethrin botani semula jadi adalah sinergi dengan mod tindakan berbilang, dan keputusan kawalan serangga adalah setanding dengan kawalan yang diperoleh menggunakan alternatif bahan kimia. Ini menjadikan BioRational X6 adalah satu alat baru untuk mengawal kutu, kepinding putih, afid, trip, psyllid, koya-koya (mealybugs), keruping lembut (softscale), bena hijau (leafhopper), bena tumbuhan, kumbang, pepijat tumbuhan, pengorek, serangga pemakan daun, kumbang scarab dan pemakan daun, untuk semua jenis tanaman termasuk tanaman organik. BioRational X6 boleh juga digunakan untuk merawat sengkenit, hama dan pinjal pada lembu, ayam dan babi. Pyrethrum di dalam BioRational X6 adalah racun serangga semula jadi dan hanya memberi sedikit bahaya kepada manusia atau haiwan melalui pendedahan biasa. BioRational X6 juga mempunyai kepekatan kandungan Pyrethrum yang paling rendah, di mana menambah keselamatan pendedahannya. BioRational X6 tidak memerlukan ajutan tambahan dan rumusannya melindungi bahan aktif daripada keadaan yang teruk dan boleh disimpan pada suhu sehingga 80°F (27°C).
BioRational X6: is a formulation developed by MicrobeBio®. The product is based on the Beauveria bassiana GHA strain and Refined Pyrethrum Extract, formulated together in an emulsifiable dispersible oil (OD) for the latest generation of biorationals for insect pest control. Lab and field test have shown that the interaction between the GHA strain and natural botanical pyrethrins is synergistic, with multiple modes of action and pest control results comparable to those obtained using chemical alternatives. This makes BioRational X6 a new tool for controlling mites, whiteflies, aphids, thrips, psyllids, mealybugs, soft scales, leafhoppers and plant hoppers, weevils, plant bugs, borers, leaf feeding insects, scarab and leaf-feeding beetles, on all types of crops, including organic farming. BioRational X6 can also be used to treat ticks, mites and fleas on cattle, chickens, pigs. The Pyrethrum in BioRational X6 is a natural insecticide and poses little hazard to humans or animals through normal exposure. BioRational X6 also has the lowest concentration of Pyrethrum content which adds to the safety of exposure. BioRational X6 does not require additional coadjutants and its formulation protects the active ingredients from adverse conditions and can be stored up to a temperature of 80°F (27°C).
BioHerbicides X9: adalah racun rumpai pasca cambah tidak memilih yang membunuh rumpai, rumput dan daunlebar dengan cepat dan efektif tanpa membahayakan alam sekitar. Produk ini dicipta untuk penanaman organik dan semua kegunaan pertanian. BioHerbicides X9 bertindak pada keadaan sejuk dan mendung (serendah 20oF) dan merupakan alternatif ekonomi kepada aktiviti mencabut rumpai menggunakan tangan, membakar, memotong, penanaman dan racun rumpai semula jadi yang lain. Bahan aktif d-limonena (minyak sitrus) menanggalkan kutikel lilin tumbuhan secara semula jadi, menyebabkan ia kering dan mati. Pentadbiran Makanan dan Dadah/Ubat Amerika Syarikat (FDA) mengkategorikan d-Limonena sebagai Secara Umumnya Diiktiraf Sebagai Selamat (GRAS) untuk kegunaan tertentu. Kawalan rumpai mikrob mempercepatkan pengeringan rumpai. Produk bebas tonik ini boleh digunakan di kawasan yang berhampiran dengan orang ramai, haiwan peliharaan dan seluruh hidupan. BioHerbicides X9 memberi kawalan untuk kebanyakan rumpai, daunlebar dan rumput termasuklah: Ara Tanah, Sow Thistle, Shepherd’s Purse, Klover, Hairy Fleabane, Jelamparan, Jelamparan Rata, Dandelion, Whitestem Filaree, Rumput Bermuda, Bindweed, Rumput Johnson, Shepherds Purse dan Little Mallow….
BioHerbicides X9: is a non-selective, post emergence herbicide that quickly and effectively kills weeds, grasses, and broadleaves without causing harm to the environment. The product is designed for organic farming and all agriculture uses. BioHerbicides X9 works in cool and cloudy conditions (as low as 20oF) and is an economical alternative to hand weeding, flaming, mowing, cultivation and other natural herbicides. The active ingredient d-limonene (citrus oil) naturally strips away the waxy plant cuticle, causing it to desiccate and die. The U.S. Food and Drug Administration (FDA) classifies d-Limonene as Generally Recognized As Safe (GRAS) for certain uses. Weed control microbial accelerate weed desiccation. Non-tonic can be used in areas near to people, pets and wide life. BioHerbicides X9 provides weeks of weed control on most weeds, broadleaves and grasses including: Spurge, Sow Thistle, Shepherd’s Purse, Clover, Hairy Fleabane, Crabgrass, Smooth Crabgrass, Dandelion, Whitestem Filaree, Bermuda Grass, Bindweed, Johnson Grass, Shepherds Purse and Little Mallow….